christmas is coming soon....
ppl used to asked this question... hows ur christmas preparation???/
then ppl will answer... OMG i have not buy my dress, gift and bla bla...
Wat do christmas really mean to christian????
i would believe that christmas is the time to be closer to GOD(easy to say than do) and it is also a time to do charity and its time for family......
.... Blessed christmas ppl and may the lord shower his blessing upon u....
Thursday, December 17, 2009
be the best at wat u do..
i've always wonder wat do i really fond of. there is so many uncertain tought playing in my brain cellsss...
then i noticed that i love doing reporting. .. my mind will block all unnecessary things that not sooo important in my life...
special thanks to mr pak ngah. he told me "dun worry girl.... just remember this.. wat ever you wanna be just be the best at wat u do.. " learn to be rilex and focusss..
Huraaayyy....
then i noticed that i love doing reporting. .. my mind will block all unnecessary things that not sooo important in my life...
special thanks to mr pak ngah. he told me "dun worry girl.... just remember this.. wat ever you wanna be just be the best at wat u do.. " learn to be rilex and focusss..
Huraaayyy....
Wednesday, December 2, 2009
life after PI
life is getting more exciting and thrilling..
lots and lots of things had happen and about to happen. it's like a day without any prediction.
Life is so different and out of norms... believe it or not im am so thirst of job and also work. sounded crazy but got to face the fact...
it has been few weeks tht i have experiencing life in here.... working as a broadcast journalist was cool... my passion towards it is blossoming by day....
got to keep trying not to lose the momentum and also a lot of learning and drilling of knowledge.. without it i guess i'l be lose..
ppl wat ever job u are attached to, do love it and trust me it helps wen u are at work.
But whenever you feels uneasy, restless and get sick of it... the it is a clear hint that you got to switch ur job :p
but also beware wt false alarms... thinks wisely and never ever make any decision wen ur are the stage of anger...
Wednesday, October 28, 2009
Ep. 5 emosi
FUHHHH!!!! sounded easy BUT its tough though..... wish i can give the best i can... its a really never give up thingy... i have so many things to pour out but when the time will come i will do so....
one after another asgmt really thrilled my desire in this field... move forward go go forth!
THNK YOU JESUS for your love and everything!!
Saturday, October 10, 2009
Ep. 4 macam macam
macam macam yang telah kita buat kat programme ini.. antara nya kita sempat pergi ikut polis dalam operasi serbuan dadah, hiburan, pelacuran . Malah ari ini kami telah ke Bagan Pinang untuk melihat keadaan di sana...
gambar bakal diupload...
Friday, October 2, 2009
Ep. 3 Kisah kisah
tak sangka boleh baca berita wilayah walaupun hanya mock run. nampak mudah tapi sangat mencabar.
Friday, September 25, 2009
Ragam Aidilfitri Penyampai Ikon
Import dari Kosmo edisi 24 September 2009MENGANJURKAN rumah terbuka setiap kali tiba Hari Raya Aidillfitri sudah menjadi perkara biasa bagi umat Islam di negara ini.
Kedatangan lebaran tidak lengkap sekiranya tradisi kunjung mengunjung untuk bermaaf-maafan tidak diadakan.
Begitu juga dengan Kolej Penyampai Ikon, sebuah program realiti televisyen terbitan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang ke udara setiap Sabtu, jam 9 malam di TV2 mulai pertengahan Ogos lalu.
Pengetuanya, Yusanani Yushak telah menganjurkan rumah terbuka khusus untuk 17 orang pelajar Kolej Penyampai Ikon dan krew penerbitan program itu di Angkasapuri baru-baru ini.
Mereka datang ke rumah terbuka pengetua mereka penuh bergaya, mengenakan pakaian serba baru rekaan para pereka fesyen yang agak terkenal. Diri masing-masing disolek rapi. Keceriaan terbayang pada wajah mereka.
Maklumlah majlis itu bukan rumah terbuka biasa, tetapi merupakan salah satu acara rakaman bagi dimuatkan dalam program Penyampai Ikon pada Sabtu, 26 September 2009.
Di atas meja pula hidangan pelbagai kuih tradisional dan moden, tersaji. Makanan wajib lebaran seperti ketupat, lemang, rendang, kuah kacang turut menunggu mereka.
Apa lagi, mereka menjamu selera seolah-olah itulah Hari Raya Aidilfitri pertama bagi mereka.
Memang itulah lebaran sulung mereka sebagai sebahagian warga RTM.
Bila sudah berkumpul beramai-ramai, majlis rumah terbuka itu pun menjadi gamat dengan gelagat 17 orang peserta Kolej Penyampai Ikon yang sedang menjalani latihan intensif untuk menjadikan mereka sebagai wartawan siaran, pengacara program dan penyampai berita di RTM.
Mereka melupakan sejenak latihan menyampai berita di studio dan kepenatan melaksanakan tugas-tugas kewartawanan yang lain termasuk menyediakan laporan di lapangan yang menjadi rutin harian mereka sejak menyertai Kolej Penyampai Ikon pada Ogos 2009.
Pada majlis rumah terbuka itu, ada yang mengambil kesempatan untuk memeriahkan suasana hari raya dengan mendendangkan lagu-lagu lebaran.
Sekalipun tiada muzik iringan, tetapi Norsila Talaha, peserta dari Sarawak dan beberapa yang lain telah menghiburkan mereka yang hadir dengan lagu-lagu Aidilfitri yang kekal segar sepanjang zaman.
Yusanani, Konsultan Persembahan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, selaku pengetua, yang serius dan tegas sewaktu kelas-kelas penyampaian diadakan kelihatan santai pada malam itu. Beliau mengenakan baju kurung berwarna putih berbunga merah.
Beliau seolah-olah melupakan tugas berat yang diletakkan oleh pihak kementerian di atas bahunya untuk melahirkan sekumpulan penyampai berita yang berwibawa bagi program berita stesen kerajaan itu.

CALON-CALON Penyampai Ikon kelihatan ceria pada hari raya.
--------------------------------------------------------------------------------
Para pelajar Penyampai Ikon yang menganggap Yusanani sebagai 'ibu' sepanjang berada di Kolej Penyampai Ikon dilayan dengan mesra.
Jika di studio atau di kelas, beliau bersikap tegas, tetapi pada majlis rumah terbuka itu, Yusanani menampilkan sifat-sifat keibuannya.
Ada kalanya beliau kelihatan bergurau dengan anak-anak buahnya itu, di samping menceritakan pengalaman lebih 15 tahun menjadi wartawan siaran dan penyampai berita terkenal sebuah stesen televisyen swasta pada suatu waktu dulu.
Calon-calon penyampai ikon lain pula bercerita tentang pengalaman hari raya mereka tahun lalu.
Sesekali ketawa besar kedengaran. Para pelajar penyampai ikon yang ditemui ada yang terkejut melihat penampilan pengetua mereka itu tetapi mereka tahu perwatakan tersebut akan bertukar selepas kelas diadakan apabila mereka kembali ke kelas selepas cuti hari raya nanti.
Sesetengah mereka menganggap Yusanani sebagai garang dan seorang guru yang cukup berdisiplin.
Malah Yusanani pernah naik angin apabila mendapat tahu ada antara pelajar Kolej Penyampai Ikon ponteng kelas atau keluar asrama pada waktu mereka patut mengulang kaji pelajaran di asrama.
Tetapi rumah terbuka itu adalah malam untuk meraikan kemenangan mereka mengharungi cabaran berpuasa sebulan pada bulan Ramadan.
Para peserta Penyampai Ikon bersama pengetua mereka serta krew penerbitan yang lain ingin menikmati kemenangan itu sepuas-puasnya sebelum mereka kembali ke dunia sebenar untuk menjalani latihan studio dan tugasan di lapangan.
Wednesday, September 23, 2009
Misi istimewa Penyampai Ikon

Imported from Kosmo.
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my
Sebanyak 17 peserta yang terpilih menyertai program Penyampai Ikon tidak mempunyai pengalaman, baik di depan kamera mahupun dalam bidang kewartawanan. Berjayakah Penyampai Ikon menzahirkan impian mereka untuk bergelar penyampai televisyen terhebat? Saksikan bakat mereka pukul 9 malam ini di TV2 RTM.
UNTUK tampil menjadi penyampai yang baik di TV, setidak-tidaknya seseorang itu perlu terlebih dahulu mempunyai asas sebagai seorang wartawan.
Itu satu kenyataan yang boleh dibuktikan kerana pengacara tersohor seperti Wan Zaleha Radzi, Suhaimi Sulaiman, Dang Suria Zainurdin, waima pengacara terkenal Aznil Nawawi pun pernah bergelar wartawan pada awal kerjaya mereka satu ketika dahulu.
Di kaca TV, penyampai haruslah versatil dalam apa jua situasi. Ketika itu, apa sahaja emosi yang tidak kena dalam diri harus diketepikan. Namun, di sebalik lensa kamera yang memotret mereka sebagai individu serba bijak dan sempurna itu, tidak banyak diketahui umum tentang karier itu. Sukar atau senang, semuanya tersimpan sebagai rakaman berharga buat penyampai terbabit sahaja.
BAWAH dari kiri: Noormadiana, Siti Fazurita, Siti Aisyah, Beatrice dan Hazel. Atas dari kiri: Atikah, Norsila, Aina, Nur Izaati, Cassandra dan Khirjaa.Dari situlah idea pencarian program Penyampai Ikon bermula. Bertitik tolak daripada pengalaman peribadinya, bekas pembaca berita di TV3, Yusanani Yushak kini mula membidik misi mahu melahirkan generasi baru penyampai TV berkaliber di RTM.
Bukan soal menyambung legasi atau membina semula nama yang tenggelam selepas meninggalkan TV3, Penasihat Persembahan di RTM itu ada alasan yang lebih kukuh.
"Saya percaya ilmu yang ada haruslah dikongsi bersama. Beginilah, apabila tiba masa yang sepatutnya, seseorang penyampai berita kena berundur untuk memberi peluang kepada orang baru.
"Ketika karier saya bermula, saya belajar melalui jalan yang sukar. Dulu, tidak semua senior mahu berkongsi ilmu dengan saya. Bahkan saya perhatikan, kerja wartawan ini memerlukan satu latihan intensif. Melangkah sahaja ke bilik berita, seorang wartawan itu terus sibuk dengan tugasan seharian dan tiada masa untuk dihantar berkursus," katanya yang serius mahu melihat kemunculan penyampai baru yang berkaliber menerusi Penyampai Ikon.

BARISAN peserta Penyampai Ikon tekun mendengar taklimat daripada pengetua mereka, Yusanani.
Bertindak sebagai Pengetua Penyampai Ikon yang memulakan episod pertamanya menerusi TV2 Rtm malam ini, Yusanani percaya biarpun bersifat program realiti TV, Penyampai Ikon mampu melahirkan penyampai TV yang benar-benar layak bergelar 'ikon'.
"Saya faham, ikon satu ungkapan yang besar maksudnya. Untuk program ini, saya mahu semangat untuk bergelar ikon meresap ke dalam diri kesemua 17 peserta. Sebab itulah program ini dinilai 100 peratus oleh juri profesional, bukannya SMS dan hanya seorang yang akan diangkat sebagai Penyampai Ikon," katanya yang mula berkhidmat di RTM sejak awal 2009.
Untuk menjadi penyampai yang baik, kewartawanan menjadi asas yang kukuh. Teknik wawancara yang baik boleh dipelajari ketika menjadi wartawan yang secara realiti sentiasa bersedia bertanya untuk mendapatkan jawapan.
Sekiranya diperhatikan, penyampai atau pengacara yang berjaya adalah terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai latar belakang kewartawanan. Lihat sahaja Aznil Nawawi yang pernah menjadi wartawan am di TV3 dan juga wartawan Money Matters. Begitu juga dengan Suhaimi Sulaiman yang mempunyai latar belakang kewartawanan penyiaran di TV3.

ATAS dari kiri: Mohamed Shahril, Mohd. Sharkawi dan Khairul Faizi. Bawah dari kiri: Ensyfrido, Al Firdaus dan Kamal.
Penyampai TV boleh dikategori kepada dua: penyampai yang berotak dan juga penyampai yang kurang bijak.
Penyampai yang berotak ialah mereka yang membuat penyelidikan dan kelihatan cerdik ketika melaksanakan wawancara, sementara yang satu lagi ialah mereka yang tidak membuat kajian sebelum mewawancara seseorang dan hanya mengharapkan soalan-soalan yang disediakan oleh pihak lain atau penerbit rancangan.
Dalam Penyampai Ikon, semestinya penyampai dalam kategori kedua yang bakal dilahirkan, namun sepintas lalu adakah ia persis menyamai sebuah program pencarian bakat pengacara, Malaysian Top Host yang pernah disiarkan TV3 satu ketika dahulu?
Di mana ketulenan Penyampai Ikon berbanding Malaysian Top Host dan apa yang menjadikan ia unik berbanding program realiti sedia ada?
"Malaysian Top Host lebih ke arah pencarian pengacara TV, selain menekankan personaliti menarik. Berbanding dengan Penyampai Ikon, ia sebuah program pencarian penyampai TV yang lebih lengkap merangkumi laporan berita, penulisan skrip berita TV, imej serta disiplin," kata Yusanani.
Uniknya, peserta yang tersingkir tidak akan dikeluarkan daripada program Penyampai Ikon, sebaliknya mereka akan dikekalkan dan wajib mengikuti segala jadual yang ditetapkan sehingga ke episod terakhir.
Peserta yang tersingkir dalam Penyampai Ikon bukan bermaksud mereka gagal untuk selama-lamanya. Jika tidak bergelar Penyampai Ikon atau menjadi pembaca berita utama, mungkin mereka boleh memulakan karier sebagai wartawan dalam program berita. Dari situ, ilmu dan bakat akan berkembang dan tidak mustahil mereka boleh menjadi penyampai yang berjaya pada kemudian hari.
"Dalam Penyampai Ikon, kami tidak mahu mensia-siakan pelaburan yang telah dibuat sejak dari awal pencarian bermula April lalu.
"Peserta yang telah disingkir tetap akan berada di dalam kelas tetapi penglibatannya tidak akan disiarkan.
"Satu lagi uniknya program ini ialah kesemua peserta Penyampai Ikon akan diberi peluang untuk bergelar wartawan penyiaran di RTM. Maknanya, mereka sudah ada pekerjaan apabila program berakhir. Berbanding ramai lagi wartawan di Bilik Berita RTM yang tidak berpeluang berkursus, mereka ini sangat bernasib baik," kata Yusanani.
Menggariskan disiplin setiap peserta dan pasukan Penyampai Ikon sebagai prinsip yang menentukan kejayaan program berkenaan, Yusanani menambah: "Bukan glamor atau berharap untuk dikenali, sebaliknya Penyampai Ikon adalah platform terbaik untuk memasuki dunia kewartawanan TV secara profesional."
Penyampai Ikon berhari raya
imported from utusan..Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
RANCANGAN pencarian pelapis dalam bidang pengacaraan, wartawan penyiaran dan penyampai berita iaitu Penyampai Ikon yang memulakan siarannya pada 22 Ogos lalu bakal tampil dengan sebuah slot khas Aidilfitri bersama Penyampai Ikon.
Menerusi slot tersebut, antara yang menarik dipaparkan ialah semangat muhibah antara pelbagai kaum bersama-sama berkongsi kemeriahan Aidilfitri.
Bersiaran selama kurang lima minit, slot tersebut bakal disiarkan pada hari raya ini (26 Oktober) menerusi siaran program mingguan Penyampai Ikon di TV2.
Selain menampilkan 17 peserta itu, kegirangan berhari raya di tambah seri dengan kehadiran pengetua mereka Yusanani Yushak.
Menterjemahkan semangat berhari raya, ia secara tidak langsung memaparkan tradisi berkumpul dan ziarah menziarahi sebagai amalan yang mampu mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kaum.
Peserta Penyampai Ikon yang terlibat ialah Kamal Firmanshah Kamaluddin, 25; Norsila Talaha, 26; Siti Aisyah Baslie, 24; Cassandra Manja, 23; Noormadiana Kamaluddin, 23; Athikah Mohd. Naim, 23; Aina Suzaily M. Zailanny, 20; Mohamed Shahril Sarapudin, 21; dan Enzyfrido Abu Hasan, 24.
Lapan lagi peserta ialah, Nur 'Izaati Abul 'As, 22; Hazel Anak Desmond, 26; Mohd. Sharkawi Mohd. Sallehuddin, 23; Siti Fazurita Mohd. Famir, 25; Beatrice Krishnan, 23; Al Firdaus Shahrul Naing, 21; Khirjaa a/p Palanisamy, 27; serta Khairul Faizi Dalaiil, 23.
Program 13 episod yang bersiaran setiap minggu itu dikendalikan oleh penyanyi Misha Omar.
Berkonsepkan rancangan realiti TV, apa yang menarik, pemilihan Penyampai Ikon tidak langsung menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Penerbit rancangan itu, Mohd. Yusni Mohamed Ali pada sesi rakaman slot tersebut baru-baru ini memberitahu, ia antara agenda yang dirancang bagi menyemarakkan lagi semangat berhari raya antara para peserta penyampai ikon.
"Kita kalau boleh cuba berkongsi kemeriahan dengan memaparkan bagaimana cara sambutan para peserta bersama pengetua mereka yang menyambut Aidilfitri.
"Selain sebagai tatapan peminat, ia juga bertujuan untuk berkongsi kisah berhari raya antara peserta dengan peminat.
"Biarpun dalam pertandingan, sambutan berhari raya tetap diteruskan oleh kesemua peserta tanpa ada perasaan bersaing antara mereka," kata Yusni.
Seramai lima peserta akan berentap pada Malam Anugerah Penyampai Ikon yang akan disiarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 November depan.
Menurut Yusanani yang juga bekas pembaca berita, juri-juri yang terlibat dalam mengadili Penyampai Ikon terdiri daripada kalangan wartawan tersohor, ahli akademik dan pengarah serta pelakon popular.
Ep2. Penyampai Ikon
5 hari 4 malam berkampung di Morib sudah kira cukup membantu dalam meningkatkan sahsiah saya.. semasa saya di Morib.. fikiran saya sangat blur.. takut dan macam macam lagi lah.. takut memanjang pun ada :P saya takut dan tak yakin dengan setiap sesuatu yang saya buat... waduh waduh susah juga la.. enzy thank ek.. kerana engkau yang banyak berceloteh itu la yang membuatkan aku selesa... Gf enzy jgn marah ek..-enzy memang baik =] khirjaa dan hazel thks to you too..selalu beri semangat kat saya.. i'l never forget tht ... and not to forget kamal, shahril, daus and aishah..u ppl are good ppl too... others i might not know them well but they are nice ppl.
1st week we were concentrating on our Press conference. At first i did decided to recite pantun:
Anak Itit terkonang konang
terkonang konang di dalam kolam
Do Sarawak Kamek datang
Di angkasapuri kita berkenalan.
then i decided tht this is nay not me, then i changed to:
Buah chempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya penuntut baru belajar
Kalau Salah tolong suluhkan
Nama saya Beatrice Krishnan
Wakil dari Petaling Jaya
Saya graduan Pengurusan pemasaran
dari University Multimedia
Penyampai Ikon satu Harapan
Untuk mengejar kerjaya hadapan
Kanku tonjolkan prestasi cemerlang
Demi Bangsa negara gemilang
However, i'm still not confident on this as i want to tell the ppl out there that im worth being here..
At last i came out wt
Penyampai ikon adalah satu platform untuk menjadi saluran informasi yang bijak jauhari dan berwibawa.Dengan ini,
Saya perkenalan diri saya dan pemegang ijazah dari u mana.. akan cuba merealisasikan impian ini.
akhir kata dari saya
Gantungkan cita-cita mu setinggi-tinggi bintang di langit dan rendahkanlah hati mu serendah rendah mutiara di lautan.
Sekian.
Ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan crowd yang banyak. Saya telah melakukanya dengan okay ada sedikit fumble sorry kerana tak melakukan dengan sebaik mungkin.
Minggu yang berikutnya kami telah pergi ke Bobbi Brown[mid-valley] - Sponsor Make up dan skin care..
dan transformasi wajah dan rambut.
Special thanks to Carleena dan Melissa from Bobbi Brown for being kind to us and sponsoring the make ups and skin care products. and not forget to Grace Salon which located in Bangsar Shopping Mall, they indeed had done a great job in making us look Great. Thanks to RTM for this opportunity too..=}
1st week we were concentrating on our Press conference. At first i did decided to recite pantun:
Anak Itit terkonang konang
terkonang konang di dalam kolam
Do Sarawak Kamek datang
Di angkasapuri kita berkenalan.
then i decided tht this is nay not me, then i changed to:
Buah chempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya penuntut baru belajar
Kalau Salah tolong suluhkan
Nama saya Beatrice Krishnan
Wakil dari Petaling Jaya
Saya graduan Pengurusan pemasaran
dari University Multimedia
Penyampai Ikon satu Harapan
Untuk mengejar kerjaya hadapan
Kanku tonjolkan prestasi cemerlang
Demi Bangsa negara gemilang
However, i'm still not confident on this as i want to tell the ppl out there that im worth being here..
At last i came out wt
Penyampai ikon adalah satu platform untuk menjadi saluran informasi yang bijak jauhari dan berwibawa.Dengan ini,
Saya perkenalan diri saya dan pemegang ijazah dari u mana.. akan cuba merealisasikan impian ini.
akhir kata dari saya
Gantungkan cita-cita mu setinggi-tinggi bintang di langit dan rendahkanlah hati mu serendah rendah mutiara di lautan.
Sekian.
Ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan crowd yang banyak. Saya telah melakukanya dengan okay ada sedikit fumble sorry kerana tak melakukan dengan sebaik mungkin.
Minggu yang berikutnya kami telah pergi ke Bobbi Brown[mid-valley] - Sponsor Make up dan skin care..
dan transformasi wajah dan rambut.
Special thanks to Carleena dan Melissa from Bobbi Brown for being kind to us and sponsoring the make ups and skin care products. and not forget to Grace Salon which located in Bangsar Shopping Mall, they indeed had done a great job in making us look Great. Thanks to RTM for this opportunity too..=}
Subscribe to:
Posts (Atom)


